PENUBUHAN PERSATUAN PENDUDUK BUKIT PERMAI
Dicatat oleh
Persatuan Bukit Permai
on Sabtu, 27 Jun 2009
Idea menubuhkan kembali Persatuan Penduduk bermula pada pertengahan tahun 2008. Segelitir penduduk telah mengadakan pertemuan dan membincangkan isu-isu yang sering berlaku dikawasan Bukit Permai khususnya. Kedudukan struktur geographi Bukit Permai yang disenaraikan sebagai terletak di cerun yang bahaya menyebabkan betapa pentingnya penduduk untuk mempunyai satu Pertubuhan yang sah bagi membawa segala permasalahan setempat. Malah, isu keselamatan akibat berlaku rompakan serta kecurian pecah rumah sejak kebelakangan telah menjadi serius. Pada 12hb Mei 2009, sejarah telah terlakar apabila Persatuan Penduduk Taman Bukit Permai (2009) secara sahnya mendapat kelulusan ROS dengan nombor pendaftaran 0912-09-WKL.Harapan semoga Persatuan ini mendapat sokongan yang padu dari semua lapisan Warga Bukit Permai bagi memperjuangkan kebajikan tanpa mengira latarbelakang agama maupun bangsa. Semoga Blog ini dapat dimanafaat olih Warga Bukit Permai sebagai salah satu saluran komunikasi bagi menyampaikan komen maupun sebarang cadangan yang membina dan Ahli Jawatan Kuasa PPTBP sentiasa mengalu-alukan kedatangan sebarang komen/cadangan daripada Warga Bukit Permai.


Kuala Lumpur Time
3 ulasan:
tahniah dan semoga menjalankan aktiviti yang berfaedah kepada penduduk bukit permai tanpa mengira bangsa,agama dan taraf kehidu[an
Thaniah diucapkan kepada administrator diatas layout blog yang cantik...harap teruskan usaha yang baik.
Bravo...Tahniah dan good works kerana membangunkan laman blog persatuan penduduk Taman Bukit Permai
Catat Ulasan