PERSATUAN PENDUDUK TAMAN BUKIT PERMAI,CHERAS 56100 KUALA LUMPUR (2009)

MAKLUMAN PROGRAM BANCIAN PENDUDUK TAMAN BUKIT PERMAI

1. Sukacita dimaklumkan bahawa Persatuan Penduduk Taman Bukit Permai,Cheras 56100 Kuala Lumpur (2009)secara rasminya berjaya didaftarkan kembali serta diluluskan oleh Pendaftar Pertubuhan Wilayah Persekutuan pada 12hb. Mei 2009 dengan nama serta nombor pendaftaran yang tertera diatas.

2. Sehubungan dengan itu, pihak Persatuan berhasrat melaksanakan satu program bancian bertujuan mengumpul maklumat am penduduk. Melalui maklumat ini, diharapkan program-program yang bakal dilaksanakan akan bertambah berkesan matlamatnya serta mendatangkan faedah kepada seluruh Penduduk Bukit Permai yang terdiri daripada pelbagai bangsa serta agama yang mana sejajar dengan tujuan asal penubuhan Persatuan Penduduk. Untuk makluman Penduduk, segala maklumat yang diberi adalah dirahsiakan.

3. Pihak Persatuan juga ingin memaklumkan bahawa laman blog Persatuan telah dibangunkan serta boleh dilayari dialamat ppbukitpermai.blogspot.com .Borang permohonan keahlian Persatuan juga boleh dimuat turun melalui laman blog tersebut. Melalui laman blog ini, Penduduk juga dialu-alukan untuk memberi sebarang komen serta cadangan membina bagi menambah baik Persatuan. Penduduk juga boleh mengunakan laman blog sebagai satu saluran alternatif untuk memaklumkan sebarang aduan berhubung dengan permasalahan persekitaran yang merangkumi hal-hal keselamatan, infrastruktur,kebersihan serta lain-lain yang berkaitan kepentingan penduduk.

4. Borang Bancian harap dapat dikembalikan ke alamat berikut, melalui email ataupun boleh menghubungi nombor talian dibawah bagi serahan secara terus dengan tangan.

KOTAK BANCIAN PENDUDUK
DEWAN ORANG RAMAI TAMAN BUKIT PERMAI – (Berhampiran Surau)
JALAN BUKIT PERMAI 2

5. Sebarang pertanyaan lanjut berhubung Program/Keahlian diatas, Penduduk boleh menghubungi talian-talian berikut:

H/P : 019-249 5058 (Pengerusi)
: 019-335 0417 (Naib Pengerusi)
: 019-339 4047 (Setiausaha)
Email: ppbukitpermai@gmail.com

6. Bagi mencapai matlamat penubuhan Persatuan Penduduk, maka kerjasama serta sokongan Penduduk Bukit Permai dalam menjayakan program bancian ini adalah sangat-sangat diharapkan.

Sekian, Terima Kasih.

Yang menjalankan tugas
B/P PERSATUAN PENDUDUK TAMAN BUKIT PERMAI CHERAS 56100 KUALA LUMPUR (2009)
________________________
MOHD DARUS MOHD IBRAHIM
(SETIAUSAHA)

5 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

TEST

Tanpa Nama berkata...

Syabas

ﻪﺘﺎﻜﺮﺒﻮﷲﺍﺔﻤﺤﺭﻮﻡﻜﻴﻠﻋﻢﻼﺴﻠﺍ /Salam Sejahtera

Tahniah kepada Jawatan Kuasa yang menubuhkan PP Bukit Permai ini bakal membuka satu lembaran baru bagi memperjuangkan kebajikan Penduduk di sini . Saya selaku Penduduk Taman ini amat menyokong penubuhan Persatuan ini dan usaha Jawatan Kuasa ini wajar dipuji .


Bersatu Teguh Bercerai Kita Roboh

Sekian Terima Kasih

Drp Meja
Papa 78

Tanpa Nama berkata...

Sejak tinggal di Tmn ini tiada satu padang bolasepak disediakan. Apa pandangan kawan2. Kenapa kita berdiam diri . Kesian anak-anak kita bermain bola di tengah jalan raya. Minta berikan cadangan dan idea bagi membolehkan kita dpt padang samada kekal atau semntara di tempat kita. Sama2lah kita fikir-fikirkan.

AM

Tanpa Nama berkata...

Tuan/puan,


Ribuan Terima kasih diatas sokongan.


Diharapkan tuan/puan akan dapat bersama-sama menyertai Persatuan demi menjayakan matlamat penubuhannya. Kami juga amat mengalu-alukan sebarang cadangan maupun komen yang membina dari pihak tuan/puan demi memajukan lagi Persatuan.


Sekian Terima kasih


Yang menjalankan tugas.
B/p PERSATUAN PENDUDUK TAMAN BUKIT PERMAI


MOHD DARUS MOHD IBRAHIM
SETIAUSAHA
9w2qsl

Tanpa Nama berkata...

ﻪﺘﺎﻜﺮﺒﻮﷲﺍﺔﻤﺤﺭﻮﻡﻜﻴﻠﻋﻢﻼﺴﻠﺍ /Salam Sejahtera

Saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan Selamat Berpuasa dan Selamat Menyambut Ramadhan Al-Mubarak 1430 Hijrah kepada semua Penduduk Taman Bukit Permai yang beragama Islam. Doa saya semoga ibadah puasa dan semua amalan baik kita di bulan yang mulia ini diterima Allah S.W.
Drp
AM78

Catat Ulasan