Tabung Warisan Anak Selangor (TAWAS)
Tabung Warisan Anak Selangor atau singkatanya TAWAS, beserta logonya selamat dilancarkan secara rasmi bersempena dengan Sambutan Ambang Merdeka Peringkat Negeri Selangor pada 30 Ogos 2008.
Risalah dan borang pendaftaran TAWAS juga diedarkan di semua Jabatan/Agensi Negeri, termasuk semua Pejabat Daerah dan Tanah dan semua Pihak Berkuasa Tempatan di Negeri Selangor. Kini pihak TAWAS menyediakan pendaftaran secara 'On-Line' bagi mempercepatkan dan mempertingkatkan lagi usaha untuk memberi manfaat kepada rakyat Selangor.
Faedah Perlaksanaan TAWAS
Kerajaan Negeri Selangor akan menghadiahkan tabung simpanan sebanyak RM 100.00 bagi setiap pendaftaran TAWAS yang berjaya. Pada usia 18 tahun, anak-anak ini berpeluang menerima RM 1,500.00 seorang hasil daripada pelaburan dalam TAWAS.
Syarat Kelayakan TAWAS
Warganegara Malaysia yang lahir mulai 01 Januari 2009.
Lahir dimana-mana Negeri dan ibu atau bapa lahir di Selangor atau Kuala Lumpur sebelum 01 Februari 1974.
ATAU
Lahir di Selangor dan ibu atau bapa BERMASTAUTIN di Selangor melebihi 10 tahun
Prosedur Permohonan
Mendaftar melalui borang pendaftran rasmi atau daftar secara Online di sini.
atau
Pusat Pendaftaran:
Tingkat (LG), Bangunan Darul Ehsan,
No. 3, Jalan Indah, Seksyen 14,
40000 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan.
Setiap pendaftaran hendaklah dibuat oleh ibubapa/penjaga dengan menyertakan salinan dokumen sokongan seperti berikut:
a) Sijil Kelahiran dan MyKid anak.
b) Kad pengenalan ibubapa/penjaga
*Nota : Setiap pendaftaran yang berjaya akan diberi sijil yang perlu disimpan dengan baik sebagai bukti penyertaan di dalam Tabung ini.
0 ulasan:
Catat Ulasan