S'gor benar semula projek lereng bukit
Nov 7, 09
Kerajaan Selangor bercadang menarik balik arahan pembekuan projek pembangunan baru di lereng bukit dengan kecerunan 25 darjah ke atas (cerun kelas 3 dan kelas 4) dengan penambahan beberapa syarat baru dalam Garis Panduan Pembangunan Bukit dan Tanah Tinggi.

Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata arahan pembekuan terhadap 141 projek pembangunan yang dikuatkuasakan sejak 2007 itu akan terbatal apabila garis panduan yang dijadual siap tahun depan dikuatkuasakan.

"Kita masih mengumpul semua maklumat dan maklum balas daripada semua pihak berkepentingan terutamanya pemaju dan profesional bagi memuktamadkan garis panduan ini," katanya dalam sidang media selepas merasmikan bengkel draf garis panduan itu di Shah Alam hari ini.

Beliau berkata jawatankuasa pemandu yang dianggotai pakar kejuruteraan akan ditubuhkan bagi mengkaji sebelum memberi kelulusan kepada permohonan pembangunan di kawasan tanah tinggi dan cerun kelas tiga.

Kelulusan hanya akan diberikan jika mematuhi syarat dan peraturan yang ditetapkan dalam garis panduan itu, katanya.

Abdul Khalid berkata antara syarat baru dalam garis panduan itu ialah pembinaan yang dijalankan mesti mengikut topografi dengan tidak terlalu mengubah struktur atau bentuk asal muka bumi yang boleh menyebabkan kejadian tanah runtuh.

Pemaju juga diwajibkan memastikan sumber air semula jadi atau aliran air bawah tanah tidak dihalang bagi mengelak berlakunya mendapan dan tanah runtuh.

Selain itu, setiap projek pembangunan juga hanya akan dibenarkan dibina atas tapak tanah yang dipotong, bukan tanah yang ditimbun yang boleh mendedahkan kepada insiden tanah jerlus atau mendap, katanya.

Pengarah Jabatan Pembangunan Bandar dan Desa Selangor, Mohd Jaafar Mohd Atan berkata jabatan itu memerlukan tempoh dua bulan untuk mengumpul semua maklumat sebelum membentangkan draf garis panduan itu kepada kerajaan negeri untuk diluluskan pada Februari tahun depan.

Beliau berkata pembangunan di kawasan Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) akan diberi tumpuan kerana mempunyai paling banyak projek pembangunan di kawasan tanah tinggi dan cerun. BERNAMA
50 syarikat hutang MPAJ RM3.4 juta

KUALA LUMPUR 16 Sept. - Kira-kira 50 syarikat berhutang dengan Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) sebanyak RM3.4 juta akibat kegagalan membayar tunggakan cukai taksiran.

Yang Dipertua MPAJ, Datuk Mohamed Yaacob berkata, setiap syarikat mempunyai hutang sekurang-kurangnya RM10,000 dengan salah sebuah daripadanya berhutang sebanyak RM1.7 juta dan masih gagal membayarnya sehingga ke hari ini.

Tegasnya, semua syarikat berkenaan perlu sedar dan segera membuat pembayaran sebelum tindakan mahkamah diambil oleh pihak MPAJ.

"Jumlah keseluruhan tunggakan cukai taksiran oleh 50 syarikat itu ialah RM3,394,647.80. Angka ini dikira tinggi dan senarai ini diambil untuk syarikat yang berhutang sekurang-kurangnya melebihi RM10,000 sahaja.

"Kita akan mengambil tindakan segera. Mereka yang terbabit akan berhadapan hukuman penggulungan syarikat," katanya.

Beliau berkata demikian selepas mesyuarat penuh ahli majlis di Menara MPAJ di sini hari ini.

Katanya, syarikat berkenaan akan diberi notis pembayaran dan kesedaran pemilik dilihat penting untuk memberi kerjasama bersama MPAJ.

Jelasnya, tanggungjawab membayar cukai terletak pada pemilik syarikat dan kegagalan akan dirujuk kepada tindakan penggulungan syarikat di bawah peruntukan Seksyen 218 Akta Syarikat 1965.

"Kita harap mereka ini segera membayar cukai yang ditetapkan. Kita tidak nampak masalah yang timbul kepada mereka untuk membayar cukai.

"Ini tanggungjawab. Sama seperti cukai pendapatan kepada individu, cukai ini pula terletak kepada syarikat," ujarnya.

Dalam perkembangan lain, Mohamed berkata, lesen kafe siber di kawasan MPAJ sebenarnya sudah dibekukan sejak tahun 2007 lagi.

Tegasnya, mana-mana kafe siber yang dibuka dan tidak terdapat di dalam senarai mereka disifatkan beroperasi secara haram.

"Kita sudah dua tahun membekukan lesen kafe siber. Jadi tidak timbul sebenarnya kemunculan kafe siber baru.

"Kita minta orang ramai membantu melaporkan mana-mana kafe siber yang disyaki haram atau menjalankan operasi judi," katanya.

Tambahnya, sebanyak 50 kafe siber berlesen di sekitar MPAJ dan selebihnya disifatkan beroperasi secara tidak sah.

"Kita mohon kerjasama orang ramai. Bantuan mereka dilihat membantu sekali gus membersihkan MPAJ daripada gejala tidak sihat," ujarnya.

Sumber:Utusan Malaysia 17/09/2009

Skim Mesra Usia Emas

Skim Mesra Usia Emas yang dilancarkan oleh kerajaan Selangor berkuatkuasa 1 Oktober 2008. Program ini bertujuan untuk memberi manfaat dalam bentuk perlindungan bernilai RM 2,500.00 kepada warga emas yang berusia 60 tahun ke atas (yang telah mendaftar secara rasmi), selepas beliau disahkan meninggal dunia. Program ini membuktikan keprihatinan yang tinggi Kerajaan Negeri terhadap rakyatnya, khususnya golongan warga emas yang telah banyak memberikan khidmat dan jasa kepada masyarakat dan negeri.
Program ini terbuka kepada semua warga emas di Negeri Selangor yang telah berumur 60 tahun ke atas, DAN
- Lahir di Negeri Selangor ATAU
- Lahir di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur sebelum 1 Februari 1974 ATAU
- Telah bermastautin di Negeri Selangor sekurang-kurangnya 15 tahun.
Dalam tempoh 24 jam selepas menerima laporan kematian ahli, ADUN atau wakilnya akan menyampaikan sumbangan wang tunai berjumlah RM1,000 kepada penama yang didaftarkan. Baki RM1,500 akan disampaikan kepada penama yang didaftarkan dalam tempoh 60 hari berikutnya.
Sila berhubung dengan Pusat Khidmat Masyarakat ADUN untuk mendapatkan maklumat lanjut.

Soalan Berhubung Skim Mesra Usia Emas

1. Di mana BORANG dan bagaimanakah cara untuk menyertai Mesra Usia Emas?
Bermula 1 Oktober 2008, pemohon hendaklah mendapatkan Borang Mesra Usia Emas di Pusat Khidmat Dewan Undangan Negeri (DUN) di kawasan pemohon tinggal.
2. Apakah tujuan program Mesra Usia Emas ini dilaksanakan oleh Kerajaan Negeri?
Program Mesra Usia Emas ini bertujuan untuk memberi manfaat dalam bentuk perlindungan bernilai RM 2,500.00 kepada warga emas yang berusia 60 tahun ke atas (yang telah mendaftar secara rasmi), selepas beliau disahkan meninggal dunia. Program ini membuktikan keprihatinan yang tinggi Kerajaan Negeri terhadap rakyatnya, khususnya golongan warga emas.
3. Bilakah tarikh program Mesra Usia Emas ini akan beroperasi secara rasmi?
Program Mesra Usia Emas ini dijangka akan beroperasi sekitar Oktober 2008, dan tertakluk kepada sebarang pengumuman rasmi dari semasa ke semasa . Ia telah dilancarkan secara rasmi pada 20 Jun 2008 yang lalu. Manakala Logo rasmi Mesra Emas pula (seperti yang telah dipaparkan di Laman Web Rasmi Kerajaan Negeri) telah dilancarkan pada 30 Ogos 2008, sempena Sambutan Perayaan Ambang Merdeka, dan Perbarisan dan Perarakan Kemerdekaan ke-51 Peringkat Negeri Selangor
4. Siapakah kumpulan sasar yang boleh menyertai program Mesra Usia Emas ini?
Program ini terbuka kepada semua warga emas di Negeri Selangor yang telah berumur 60 tahun ke atas, DAN
- Lahir di Negeri Selangor ATAU
- Lahir di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur sebelum 1 Februari 1974 ATAU
- Telah bermastautin di Negeri Selangor sekurang-kurangnya 15 tahun.
5. Apakah manfaat atau faedah yang diperoleh daripada menyertai program ini?
Dalam tempoh 24 jam selepas menerima laporan kematian ahli, ADUN atau wakilnya akan menyampaikan sumbangan wang tunai berjumlah RM1,000 kepada penama yang didaftarkan. Baki RM1,500 akan disampaikan kepada penama yang didaftarkan dalam tempoh 60 hari berikutnya.
6. Siapakah yang boleh membuat tuntutan ke atas manfaat perlindungan tersebut?
Tuntutan hendaklah dibuat oleh penama, seperti yang dinyatakan di dalam Borang Mesra Usia Emas semasa pendaftaran dibuat.
Penama boleh terdiri daripada individu seperti suami, isteri, anak, saudara, kenalan atau sesiapa sahaja. Ia juga boleh merupakan sebuah pertubuhan seperti badan kebajikan, rumah orang tua-tua, rumah anak yatim, rumah ibadat seperti surau, masjid, tokong, kuil, gereja dan sebagainya.
7. Siapakah urusetia yang boleh dihubungi untuk pertanyaan selanjutnya? baru
En. Kamsani Bin Nasir,
Ketua Pegawai Operasi,
Rantaian Mesra Sdn Bhd
Alamat : Tingkat (G), Bangunan Darul Ehsan (bersebelahan Plaza Alam Sentral)
No. 3, Jalan Indah, Seksyen 14,
40000 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan.
Telefon: 03-5510 3468, 03-5510 3472 Faks: 03-5510 3455
E-mel: mesrausiaemas@gmail.com
Tabung Warisan Anak Selangor (TAWAS)

Tabung Warisan Anak Selangor atau singkatanya TAWAS, beserta logonya selamat dilancarkan secara rasmi bersempena dengan Sambutan Ambang Merdeka Peringkat Negeri Selangor pada 30 Ogos 2008.
Risalah dan borang pendaftaran TAWAS juga diedarkan di semua Jabatan/Agensi Negeri, termasuk semua Pejabat Daerah dan Tanah dan semua Pihak Berkuasa Tempatan di Negeri Selangor. Kini pihak TAWAS menyediakan pendaftaran secara 'On-Line' bagi mempercepatkan dan mempertingkatkan lagi usaha untuk memberi manfaat kepada rakyat Selangor.
Faedah Perlaksanaan TAWAS
Kerajaan Negeri Selangor akan menghadiahkan tabung simpanan sebanyak RM 100.00 bagi setiap pendaftaran TAWAS yang berjaya. Pada usia 18 tahun, anak-anak ini berpeluang menerima RM 1,500.00 seorang hasil daripada pelaburan dalam TAWAS.

Syarat Kelayakan TAWAS

Warganegara Malaysia yang lahir mulai 01 Januari 2009.
Lahir dimana-mana Negeri dan ibu atau bapa lahir di Selangor atau Kuala Lumpur sebelum 01 Februari 1974.
ATAU
Lahir di Selangor dan ibu atau bapa BERMASTAUTIN di Selangor melebihi 10 tahun
Prosedur Permohonan
Mendaftar melalui borang pendaftran rasmi atau daftar secara Online di sini.
atau
Pusat Pendaftaran:
Tingkat (LG), Bangunan Darul Ehsan,
No. 3, Jalan Indah, Seksyen 14,
40000 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan.

Setiap pendaftaran hendaklah dibuat oleh ibubapa/penjaga dengan menyertakan salinan dokumen sokongan seperti berikut:
a) Sijil Kelahiran dan MyKid anak.
b) Kad pengenalan ibubapa/penjaga

*Nota : Setiap pendaftaran yang berjaya akan diberi sijil yang perlu disimpan dengan baik sebagai bukti penyertaan di dalam Tabung ini.

Imbas Kembali-Artikle Berkaitan Bukit Permai

11 Januari 2009 (Ahad) MPAJ pantau cerun Bukit Permai
AMPANG JAYA Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) memandang serius keadaan cerun di Taman Bukit Permai di sini yang berisiko untuk berlaku kejadian tanah runtuh. Ahli Majlis MPAJ, Supiramany Sinnapal berkata, ini kerana kawasan itu bukan sahaja berisiko untuk berlaku tanah runtuh tetapi juga pernah dilanda banjir kilat. Katanya, sejak tragedi di Bukit Antarabangsa, Hulu Klang baru-baru ini, penduduk di situ bimbang kejadian serupa mungkin terjadi di kawasan kediaman mereka itu jika tiada pemantauan dilakukan. "Bukit Permai adalah antara kawasan yang telah diletakkan di dalam keadaan berisiko bersama-sama Taman Melur, Taman Bukit Teratai, Taman Saga dan Taman Mega Jaya," katanya selepas meninjau usaha-usaha membaiki cerun yang dilakukan di kawasan itu. Menurut Supiramany, satu kejadian gelinciran tanah telah berlaku di kawasan itu tidak lama dahulu yang berpunca dari longkang di lereng bukit yang pecah dan mengubah arah aliran air. Sementara itu, Pegawai Perhubungan Awam MPAJ, Norhayati Ahmad berkata, pihaknya telah melakukan rubble-pitching bagi menahan gelinciran daripada terus berlaku. Beliau berkata, MPAJ dan Institut Kerja Raya Malaysia (Ikram) juga sedang bekerjasama dan mengkaji langkah lain yang perlu diambil bagi mengatasi masalah struktur tanah di situ yang terjejas akibat hujan. "Ikram sedang menjalankan kajian dan siasatan terperinci terhadap kawasan sekitar lereng dan cerun bukit di sini bagi menentukan tindakan yang perlu diambil," katanya.
CERUN di Taman Bukit Permai, Ampang selepas menjalani proses rubble pitching bagi mengelak kejadian tanah runtuh daripada berulang.
Norhayati menambah, MPAJ memang memberikan perhatian serius terhadap masalah di kawasan itu bagi menjamin keselamatan penduduk di kawasan Bukit Permai. Dalam pada itu, seorang penduduk, Asrul Samsudin, 31, berkata, tidak pernah berlaku kejadian gelinciran tanah dan batu di Mutiara Court, Bukit Permai sebelum ini. "Ini adalah kejadian pertama sejak saya menetap di sini pada tahun 2002 tetapi sebelum ini, terdapat kejadian batu jatuh dari lereng bukit ke kawasan tempat letak kereta," katanya.

Sumber: Utusan Malaysia

JEMPUTAN KARNIVAL SUKANEKA PANGSAPURI INTAN,TMN BUKIT PERMAI-ANJURAN PERSATUAN PENDUDUK PANGSAPURI INTAN

Persatuan Penduduk Pangsapuri Intan akan mengadakan satu Karnival Sukan bertujuan mengeratkan silaturrahim diantara Penduduk Setempat.Karnival ini terbuka kepada semua golongan.Penyertaan semua dialu-alukan dan sebarang pertanyaan boleh menghubungi di talian 019-3219591(Azila)012-9253301(Intan).Aturcara seperti berikut :-

ATURCARA PROGRAM SUKANEKA PENDUDUK 2009
1 OGOS 2009 (SABTU)
2:30 PM BERKUMPUL
3:00 PM PERTANDINGAN MENCARI HARTA KARUN
5.00 PM FUTSAL (FINAL)
5.00 PM TAKRAW (FINAL)
7:00 PM REHAT & SOLAT MAGHRIB
8.00 PM BERKUMPUL SEMULA
9:00 PM CERAMAH
10:45 PM MINUM
11:00 PM BERSURAI

2 OGOS 2009 (AHAD)
7:00 AM SENAMROBIK
7.30 AM JOGATHON
8.00 AM ACARA MARI MEWARNA
9.30 AM CERAMAH BERSAMA BOMBA & DEMO MEMADAM API
10.30 AM CARI GULA-GULA DALAM TEPUNG
10.30 AM MAJLIS PERASMIAN PEMBUKAAN
10.45 AM BAWA BOLA PING-PONG DALAM SUDU
11.00 AM PECAH BELON
11.15 AM MUSICAL CHAIR (KANAK-KANAK)
11.30 AM JALAN ITIK
12:00 PM LARI DALAM GUNI
1:00PM - 2:00PM REHAT / SOLAT ZOHOR
2.15 PM BOLING PADANG
2.30PM JALAN TUTUP MATA
2.45PM PUKUL BANTAL
3.30PM MENARI IKUT IRAMA
3.45PM GUBAHAN TOK JANGGUT
4.20PM MENCARI BARANG
4.30PM PERTANDINGAN MAKAN TELUR REBUS (TANPA MINUM)
4.30PM - 5.00PM REHAT 30 MINIT SOLAT ASAR
5.00PM PANJAT TIANG LICIN
5.15PM MUSICAL CHAIR (DEWASA)
5.30PM SILAT JANGAN KETAWA
5.45PM DAM
6.00PM KAROM
6.00PM SEPAK RAGA BULATAN
6.30PM - 8.00PM REHAT/SOLAT MAGHRIB
8.00PM MAJLIS PENYAMPAIAN HADIAH/PENUTUP
PENUTUP

PERSATUAN PENDUDUK TAMAN BUKIT PERMAI,CHERAS 56100 KUALA LUMPUR (2009)

MAKLUMAN PROGRAM BANCIAN PENDUDUK TAMAN BUKIT PERMAI

1. Sukacita dimaklumkan bahawa Persatuan Penduduk Taman Bukit Permai,Cheras 56100 Kuala Lumpur (2009)secara rasminya berjaya didaftarkan kembali serta diluluskan oleh Pendaftar Pertubuhan Wilayah Persekutuan pada 12hb. Mei 2009 dengan nama serta nombor pendaftaran yang tertera diatas.

2. Sehubungan dengan itu, pihak Persatuan berhasrat melaksanakan satu program bancian bertujuan mengumpul maklumat am penduduk. Melalui maklumat ini, diharapkan program-program yang bakal dilaksanakan akan bertambah berkesan matlamatnya serta mendatangkan faedah kepada seluruh Penduduk Bukit Permai yang terdiri daripada pelbagai bangsa serta agama yang mana sejajar dengan tujuan asal penubuhan Persatuan Penduduk. Untuk makluman Penduduk, segala maklumat yang diberi adalah dirahsiakan.

3. Pihak Persatuan juga ingin memaklumkan bahawa laman blog Persatuan telah dibangunkan serta boleh dilayari dialamat ppbukitpermai.blogspot.com .Borang permohonan keahlian Persatuan juga boleh dimuat turun melalui laman blog tersebut. Melalui laman blog ini, Penduduk juga dialu-alukan untuk memberi sebarang komen serta cadangan membina bagi menambah baik Persatuan. Penduduk juga boleh mengunakan laman blog sebagai satu saluran alternatif untuk memaklumkan sebarang aduan berhubung dengan permasalahan persekitaran yang merangkumi hal-hal keselamatan, infrastruktur,kebersihan serta lain-lain yang berkaitan kepentingan penduduk.

4. Borang Bancian harap dapat dikembalikan ke alamat berikut, melalui email ataupun boleh menghubungi nombor talian dibawah bagi serahan secara terus dengan tangan.

KOTAK BANCIAN PENDUDUK
DEWAN ORANG RAMAI TAMAN BUKIT PERMAI – (Berhampiran Surau)
JALAN BUKIT PERMAI 2

5. Sebarang pertanyaan lanjut berhubung Program/Keahlian diatas, Penduduk boleh menghubungi talian-talian berikut:

H/P : 019-249 5058 (Pengerusi)
: 019-335 0417 (Naib Pengerusi)
: 019-339 4047 (Setiausaha)
Email: ppbukitpermai@gmail.com

6. Bagi mencapai matlamat penubuhan Persatuan Penduduk, maka kerjasama serta sokongan Penduduk Bukit Permai dalam menjayakan program bancian ini adalah sangat-sangat diharapkan.

Sekian, Terima Kasih.

Yang menjalankan tugas
B/P PERSATUAN PENDUDUK TAMAN BUKIT PERMAI CHERAS 56100 KUALA LUMPUR (2009)
________________________
MOHD DARUS MOHD IBRAHIM
(SETIAUSAHA)